Cara Atasi Protein Dalam Air Kencing Ketika Hamil

Protein dalam air kencing atau dikenali juga sebagai proteinuria adalah suatu keadaan di mana terdapat jumlah protein yang tidak normal di dalam air kencing. Keadaan ini biasanya petanda bahawa terdapat masalah pada fungsi buah pinggang, adanya jangkitan atau masalah kesihatan lain.

Kehadiran sejumlah kecil protein dalam air kencing adalah suatu keadaan biasa semasa hamil. Ini mungkin bermakna buah pinggang anda sedang bekeja lebih keras disebabkan kehamilan anda. Tetapi, keadaan ini dianggap tidak normal dan membimbangkan apabila jumlah protein melebihi 300mg/24jam. Apakah punca proteinuria dan bagaimana cara atasinya untuk elak komplikasi yang tidak diingini sepanjang kehamilan? Semuanya akan saya kongsikan dalam entri ini.




Simptom Protein Dalam Air Kencing Ketika Hamil


Proteinuria ketika hamil terbahagi kepada dua jenis iaitu kronik di mana masalah ini berkembang sebelum kehamilan dan selalunya disebabkan oleh masalah buah pinggang. Jenis satu lagi adalah proteinuria yang berlaku selepas usia kehamilan 20 minggu dan biasanya disebabkan oleh pra-eklampsia.

Anda mungkin mempunyai masalah proteinuria jika mengalami simptom ini :

  • bengkak pada bahagian tangan dan kaki
  • bengkak pada muka
  • air kencing berbuih.


Bagi wanita yang kandungannya memasuki usia 20 minggu, penting untuk segera dapatkan rawatan doktor jika mempunyai tanda-tanda praeklampsia berikut:


  • bengkak tangan, kaki dan muka secara tiba-tiba
  • pandangan kabur
  • sakit kepala berterusan
  • pedih ulu hati berterusan
  • rasa sakit yang teruk di bahagian bawah rusuk
  • muntah


Punca Masalah Protein Dalam Air Kencing Ketika Hamil


Buah pinggang biasanya menapis hasil buangan sisa dari darah dan mengekalkan komponen yang diperlukan oleh tubuh anda, termasuk protein. Tetapi disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu, tubuh anda akan membiarkan protein-protein ini keluar melalui air kencing. Ketika hamil, kehadiran protein dalam air kencing mungkin berpunca dari:

1. Pra-eklampsia


Protein dalam air kencing yang disertai dengan tekanan darah tinggi dan bengkak air semasa hamil mungkin disebabkan oleh pra-eklampsia. Lebih-lebih lagi jika peningkatan paras protein dalam darah dan air kencing berlaku pada separuh kedua kehamilan, ia petunjuk nyata praeklampsia. Diagnosis awal dan rawatan segera adalah sangat penting untuk memastikan anda melahirkan bayi yang sihat, dan mencegah komplikasi seperti berat lahir bayi yang rendah. 


2. Jangkitan buah pinggang atau salur kencing


Proteinuria semasa hamil boleh jadi juga disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, iaitu suatu keadaan yang sangat biasa di kalangan wanita hamil. Wanita hamil yang alami keadaan ini akan berasa tidak selesa semasa membuang air kencing disertai dengan dorongan meningkat untuk buang air kecil. Jangkitan saluran kencing, jika tidak dirawat dengan segera, akhirnya boleh membawa kepada jangkitan buah pinggang dan meningkatkan peluang kelahiran pramatang dan berat lahir bayi yang rendah. Simptom jangkitan buah pinggang adalah demam, menggigil, mual, muntah dan sakit belakang.

3. Faktor lain yang membawa kepada proteinuria


Selain masalah kesihatan yang menyebabkan peningkatan protein dalam air kening, faktor berikut juga boleh mencetuskan masalah proteinuria :

  • dehidrasi
  • tekanan emosi berlebihan
  • demam
  • senaman berlebihan
  • terdedah kepada suhu yang ekstreme

Diagnosis Protein Dalam Air Kencing Semasa Hamil


Terdapat beberapa cara untuk mengesan kehadiran protein dalam air kencing, dan biasanya semasa hamil, ujian dilakukan dengan menggunakan kayu celup. Melalui ujian ini, paras protein dalam air kencing dapat diketahui dan bacaannya dikelaskan sebagai + hingga ++++. Bacaan rendah merujuk kepada +1 dan +4 adalah tinggi. Tahap protein yang tinggi dalam air kencing menunjukkan keadaan praeklampsia atau kerosakan buah pinggang manakala bacaan yang rendah menunjukkan jangkitan salur kencing.



Cara Atasi Protein Dalam Air Kencing Ketika Hamil



Proteinuria bukanlah suatu penyakit tetapi simptom kepada keadaan kesihatan lain. Rawatan untuk keadaan ini sebenarnya bermaksud mengenal pasti punca dan mengawalnya.

Sebagai contoh, jika anda seorang pesakit diabetes, anda perlu mengawalnya dengan melakukan senaman, mengambil diet seimbang dan ubat. Sekiranya proteinuria adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi, anda mungkin perlu mengambil rawatan untuk mengawal tekanan darah.

Selain dari mengawal punca kepada masalah ini, berikut adalah cara semulajadi yang boleh membantu atasi proteinuria:

  • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan kekacang
  • pilih protein tanpa lemak berbanding daging merah (protein jenis ini susah dihadam)
  • makan lebih banyak ikan
  • hadkan pengambilan garam
  • minum air secukupnya dan elakkan soda
  • kerap bersenam
  • kurangkan tahap tekanan
  • kekalkan berat badan sihat 
  • tambah bawang putih dan bawang merah dalam kebanyakan makanan anda

Pengambilan nutrisi yang lengkap semasa hamil juga sangat penting untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Bagi wanita hamil, anda boleh cuba Set Kehamilan Shaklee yang membantu melengkapkan jurang nutrisi dan menyokong kehamilan yang lebih sihat.





Jika berminat untuk mencuba set vitamin Shaklee ini, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

Back
to top