Cara Atasi Masalah Keputihan Ketika Hamil

Wanita hamil mengalami banyak perubahan pada tubuh disebabkan oleh tindakan hormon sepanjang kehamilan. Antara perubahan yang kerap dialami adalah masalah keputihan ketika hamil.

Semasa hamil, lendir keputihan cenderung untuk keluar lebih banyak dari biasa. Tiada apa yang perlu dirisaukan jika ianya lendir keputihan yang normal. Namun, jika terdapat jangkitan, rawatan segera harus diambil. Ini kerana masalah keputihan disebabkan jangkitan boleh memberi kesan pada perkembangan bayi dalam kandungan. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi cara atasi masalah keputihan ketika hamil.




Apakah keputihan yang normal ketika hamil?


Lendir keputihan yang normal dikenali juga sebagai leucorrhoea. Lendiran ini cair, jernih atau berwarna putih susu, dan kurang berbau. Semasa hamil, keputihan jadi lebih banyak dari biasa disebabkan lebih banyak aliran darah ke servik dan merangsang selaput lendir. Fungsi lendiran ini adalah untuk bantu mencegah sebarang jangkitan di faraj dari memasuki rahim.

Bilakah Keputihan Menjadi Tidak Normal?


Keputihan yang berwarna hijau, mempunyai bau yang tidak menyenangkan, menyebabkan kesakitan atau kelihatan lain dari yang biasa boleh menjadi tanda adanya jangkitan atau masalah lain. Antara tanda-tanda keputihan tidak normal,

1. Keputihan dijangkiti kulat

Jangkitan kulat sering berlaku pada wanita hamil akibat dari perubahan fisiologi yang berlaku ketika hamil, di mana keadaan hormon estrogen yang tinggi dan kelembapan meningkat pada bahagian faraj menggalakkan pembiakan kulat (candida). Keputihan yang dijangkiti kulat biasanya,

  • Berwarna putih seperti susu basi atau keju cair
  • Menyebabkan kemaluan bengkak, rasa gatal dan kemerahan.

2. Keputihan dijangkiti bakteria

Jangkitan bakteria adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria yang biasanya ditemui di dalam faraj. Keputihan yang dijangkiti bakteria selalunya,
  • Berwarna kuning kehijauan, kelabu 
  • Berbau hanyir
  • Menyebabkan rasa gatal
Keputihan ini perlu dirawat segera kerana jika jangkitan ini berjaya memasuki ke dalam rahim, ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada bayi.


Jika anda mendapati adanya perubahan pada keputihan anda, segera berjumpa dengan doktor. Jangan sesekali buat andaian dan rawatan sendiri dengan mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat dari doktor.

Cara Atasi Masalah Keputihan Ketika Hamil.


Di samping rawatan perubatan, anda boleh juga amalkan tips berikut untuk bantu atasi masalah keputihan yang dihadapi.

1. Elakkan penggunaan sabun pencuci wanita, tuala wanita atau panty liner yang mengandungi pewangi jika anda mempunyai iritasi pada bahagian kemaluan. Ini kerana produk seperti ini boleh  menyebabkan iritasi kulit yang lebih teruk, keseimbangan pH dan mikroflora terganggu dan peningkatan lendir keputihan. Untuk beberapa hari, cuba cuci bahagian kemaluan dengan air suam sahaja.

2. Jangan lakukan 'douching' (mencuci bahagian dalam faraj). Douching adalah faktor risiko utama untuk jangkitan vagina, kerana ia mengganggu keseimbangan normal bakteria di dalam faraj. Douching tidak akan membantu menghilangkan jangkitan. Ia sebenarnya boleh menyebabkan jangkitan jadi lebih teruk dengan menyingkirkan bakteria berfaedah yang semulajadi berada faraj yang melindungi anda.

3. Elakkan pemakaian seluar dalam yang sendat dan ketat kerana ia boleh meningkatkan kelembapan pada kawasan faraj, mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk jangkitan kulat. Jadi, pilih pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar.

4. Amalkan makanan probiotik seperti yogurt yang boleh meningkatkan bakteria baik dalam faraj dan mengembalikan semula keseimbangan mikroflora. Ini boleh bantu mengurangkan jangkitan kulat.

5. Sesetengah wanita mudah untuk mendapat jangkitan kulat dan bakteria kerana sistem imun yang rendah. Petua untuk meningkatkan imuniti terhadap jangkitan termasuk:
  • amalkan pemakanan yang berkhasiat
  • kerap bersenam
  • tidur yang cukup
  • kawal tekanan

Selain itu, boleh amalkan bawang putih untuk bantu tingkatkan sistem imun tubuh. Bawang putih merupakan antibiotik dan antikulat yang sangat baik. Terdapat kajian dari Universiti Maryland Medical Center menunjukkan bawang putih berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus. 

Satu kajian lain pula dari Universiti of Pittsburgh Medical Center mendapati bawang putih sangat sesuai dan sangat berpotensi untuk membantu merawat jangkitan faraj termasuk mengatasi keputihan ketika hamil. Manfaat bawang putih ini boleh didapati dalam Garlic Complex Shaklee. 


Jom ikuti kisah bagaimana seorang wanita yang mengalami masalah keputihan teruk dan berbau selama bertahun-tahun, akhirnya semakin pulih dari masalah yang dihadapi. Apa yang beliau lakukan? 

Klik Gambar Untuk Testimoni Penuh


Jangan biarkan masalah keputihan ini berlanjutan tanpa sebarang rawatan terutamanya semasa hamil. Rawatan awal boleh elak risiko komplikasi semasa kehamilan.

Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi premium.

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.


Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Saya pernah alami keputihan semasa hamil..Tak selesa dan risau jangkitan kepada bby..Terima kasih atas tips yang menarik.. Tp garlic shaklee ni mmg best..

    Cara Mudah Atasi Ruam Susu Pada Bayi

    ReplyDelete

Back
to top