5 Tips Atasi Masalah Hati Berlemak @ Fatty Liver Untuk Elak Kerosakan Hati

Hati berlemak @ fatty liver adalah suatu keadaan di mana sejumlah lemak berkumpul dalam sel hati. Ini bermakna tisu hati yang sihat dan normal sebahagiannya telah menjadi tisu berlemak. Masalah ini sering dikaitkan dengan obesiti dan diabetes.

Masalah hati berlemak tidak boleh dipandang remeh. Sekiranya tidak dirawat awal, ia boleh berkembang lebih teruk dan  membawa kepada sirosis dan kerosakan fungsi hati yang boleh menjejaskan banyak fungsi tubuh yang lain. Berita baik! Hati berlemak boleh dipulihkan secara semulajadi. Jadi, dalam artikel ini, saya akan kongsikan bagaimana untuk atasi masalah hati berlemak untuk elak kerosakan hati.


Tanda-tanda Masalah Hati Berlemak


Ramai pesakit hati berlemak tidak menyedari mereka mempunyai masalah hati ini disebabkan tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun, kebanyakan pesakit hati berlemak secara umumnya berasa tidak sihat, dan mendapati diri jadi semakin penat dan berat badan bertambah tanpa sebab yang jelas. Berikut juga adalah tanda-tanda yang mungkin dialami:

  • letih dan kepenatan
  • lebihan berat badan di bahagian perut
  • kenaikan paras trigliserida dan kolesterol
  • loya
  • batu hempedu
  • peluh berlebihan
  • mata merah dan gatal

Hati berlemak didiagnosis dengan ujian darah dan ultrasound hati.


Punca Masalah Hati Berlemak


Punca utama masalah hati berlemak disebabkan oleh pengambilan alkohol yang sangat tinggi dan tidak terkawal. Namun, masalah hati berlemak boleh juga menyerang mereka yang tidak mengambil minuman beralkohol dan keadaan ini dipanggil non-alcoholic fatty liver diseases (NAFLD) dan masalah ini semakin meningkat di Malaysia.

Kajian mendapati karbohidrat menghasilkan lebih banyak lemak pada hati dan perut kita. Jadi, punca utama bagi hati berlemak tanpa pengambilan alkohol boleh disebabkan oleh pengambilan gula dan karbohidrat ringkas yang tinggi dalam diet seharian.

Selain itu, masalah hati berlemak boleh berpunca dari pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hati yang lain seperti penyakit Wilson.

Golongan yang dikaitkan dengan masalah hati berlemak adalah mereka yang mempunyai masalah obesiti, diabetes, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda penghidap sindrom metabolik.


6 Tips Atasi Masalah Hati Berlemak Secara Semulajadi


Masalah hati berlemak boleh dirawat dan dipulihkan kembali dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan juga gaya hidup yang sihat. Berikut antara tips pemakanan yang bermanfaat bantu atasi masalah hati berlemak.

1. Kurangkan pengambilan karbohidrat


Pengambilan makanan kaya karbohidrat yang tinggi secara umum boleh menggalakkan hati berlemak, kerana hati menukar karbohidrat yang berlebihan menjadi lemak. Jadi, hadkan atau sebaiknya elakkan sepenuhnya gula dan makanan yang diperbuat daripada tepung putih. Contoh makanan yang perlu dihadkan termasuk roti, pasta, nasi, ubi kentang dan bijirin sarapan.


2. Ambil banyak sayuran, protein dan lemak sihat


Sayur mentah dan buah-buahan adalah makanan penyembuhan hati yang paling hebat. Makanan seperti ini membantu membersihkan dan memperbaiki penapis hati, supaya ia boleh menghalang dan mengeluarkan lebih banyak lemak dan toksin daripada aliran darah. 

Kerapkan mengambil sayuran dari keluarga kobis - seperti brokoli, bunga kobis dan kubis Brussels, serta sayur-sayuran berdaun seperti kale, kolar, kubis dan arugula. Buah adalah sihat bagi kebanyakan orang, tetapi jika anda mempunyai gula darah tinggi atau rintangan insulin, sebaiknya hadkan buah hingga 2 hidangan setiap hari. 

Protein adalah penting kerana ia membantu mengekalkan kestabilan paras gula darah, membantu dalam penurunan berat badan dari abdomen dan mengurangkan kelaparan. Protein perlu dimakan dengan setiap hidangan. Sumber protein yang baik termasuk telur, ayam, makanan laut, daging, kacang, biji, serbuk protein whey, kacang-kacangan dan produk tenusu.

Kebanyakan minyak sayuran dan marjerin boleh memburukkan lagi hati berlemak. Jadi, masukkan lebih banyak lemak yang sihat dalam diet anda seperti minyak zaitun, ikan berminyak, biji rami, minyak kelapa dan kacang mentah.


3. Baiki metabolisma dengan senaman


Senaman dapat bantu perbaiki rintangan insulin dan mengurangkan hati berlemak. Mulakan dengan aktiviti senaman yang mudah seperti berjalan selama 30 minit.


4. Hadkan pengambilan alkohol


Penggunaan alkohol yang berlebihan adalah punca utama hati berlemak. Alkohol boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan pada sel hati, mengakibatkan penyusutan lemak. Individu dengan hati berlemak harus mengehadkan penggunaan alkohol jika tidak mahu masalah ini jadi bertambah teruk.


5. Ambil suplemen dengan bijak


Pengambilan suplemen yang betul boleh bantu badan untuk memulihkan kembali kesihatan badan. Herba seperti milk thistle sangat bagus untuk menyokong hati. Selain itu, asid lipoik dan N-acetyl-cysteine membantu memulihkan dan meremajakan sel hati serta meningkatkan paras glutathione, sejenis antioksidan yang berkuasa. Nutrien penyembuhan hati yang lain termasuk vitamin B dan magnesium.


Vitamin Shaklee Untuk Menyokong Kesihatan Hati


Dalam rangkaian produk Shaklee, terdapat beberapa supplemen yang bermanfaat untuk kesihatan hati dan seterusnya bertindak melindungi hati dari masalah hati berlemak. 

Supplemen yang dicadangkan termasuk :


1. DTX Complex mengandungi ekstrak biji milk thistle yang menyokong kesihatan hati dengan meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan pada sel-sel hati dan melindungi sel-sel hati baru daripada kerosakan. Milk thistle juga menggalakkan pengeluaran protein untuk menjana semula sel-sel hati.





2. Vivix merupakan minuman botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol tumbuhan yang sangat tinggi antioksidan. Bahan aktif dalam Vivix bertindak melindungi sel dari kerosakan radikal bebas dan juga memulihkan sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA.

Pengambilan Vivix secara konsisten boleh bantu memulihkan sel-sel hati yang rosak dan seterusnya menghasilkan sel-sel sihat.



Sekiranya anda termasuk dalam golongan berisiko untuk mengalami masalah hati berlemak, bertindaklah segera. Jangan biarkan masalah ini menjejaskan kualiti hidup anda.

Berminat untuk tingkatkan kesihatan hati dengan vitamin Shaklee, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top