10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu

Ramai wanita dapat merasakan diri mereka hamil apabila mengalami kelewatan haid selama seminggu. Namun, tanda awal kehamilan ini tidak tepat bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Bagi golongan ini, biasanya mereka tidak datang bulan dalam tempoh yang lama seperti 2 hingga 4 bulan. Sebab itu, ada kes wanita tidak tahu sedang hamil sehinggalah kandungan mencecah beberapa bulan baru menyedarinya.

Penting sebenarnya pengesanan awal kehamilan terutamanya bagi wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis atau darah tinggi kerana ia bukan sahaja boleh beri kesan pada kesihatan ibu malah bayi dalam kandungan boleh turut terjejas. Selain itu, bakal ibu boleh mengelakkan sebarang aktiviti atau pemakanan yang boleh menjejaskan kandungan jika tahu lebih awal diri hamil.

Jadi, dalam artikel ini saya ingin kongsikan 10 tanda awal kehamilan yang wanita perlu tahu. 


10 Tanda Awal Kehamilan


Bagi wanita yang pertama kali hamil, mungkin tidak mengalami sebarang tanda awal kehamilan yang ketara terutama golongan muda yang aktif. Bagaimanapun, ada beberapa tanda awal yang mungkin boleh diperhatikan oleh bakal ibu. Berikut merupakan tanda-tanda yang mungkin dirasai oleh bakal ibu di minggu awal kehamilan:

1. Mual dan muntah


Kebanyakan wanita di awal kehamilan akan alami rasa mual dan muntah yang dikenali juga sebagai 'morning sickness'. Tanda ini biasanya muncul pada usia kehamilan enam minggu. Ramai juga yang alaminya lebih awal. Namun, gejala ini akan mula hilang selepas usia kehamilan mencecah 12-16 minggu. Punca terjadi rasa mual dan muntah disebabkan oleh asid yang terbentuk ketika tidur. Sebab itu, tanda ini sering dialami oleh wanita ketika waktu pagi.

Baca lanjut >> Cara Atasi Morning Sickness Yang Teruk Semasa Hamil

2. Rasa sangat letih


Di awal kehamilan, ramai wanita hamil merasa sangat letih dan cepat penat. Keadaan ini berlanjutan sehingga memasuki tiga bulan pertama kehamilan. Peningkatan kadar progesteron dan perubahan pada pengaliran darah, degupan jantung dan metabolisme tubuh yang menyebabkan wanita hamil cepat penat dan merasa keletihan.

Baca lanjut >> Tips Atasi Letih Dan Lesu Semasa Hamil

3. Sering buang air kecil


Wanita kebiasaanya akan kerap membuang air kecil di awal kehamilan terutamanya pada waktu malam. Bila usia kandungan semakin bertambah, keinginan untuk buang air kecil lebih meningkat. Ini disebabkan oleh pembesaran rahim yang menekan bahagian pundi kencing.

4. Perubahan pada payudara


Wanita hamil akan mengalami perubahan hormon dan ini memberi kesan pada payudara. Perubahan hormon membuatkan payudara terasa lebih padat, sensitif dan tegang. Bahagian puting payudara pula kelihatan sedikit menonjol dan berwarna lebih gelap. Di samping itu, pembuluh darah nampak lebih ketara pada permukaan kulit payudara.

5. Sensitif terhadap bau


Di awal kehamilan, ramai juga wanita jadi lebih sensitif terhadap bau-bauan tertentu seperti minyak wangi, masakan, asap rokok. Malah, ada yang tidak boleh langsung menghidu bau makanan yang digoreng atau nasi yang sedang dimasak. Bila terhidu bauan ini, mereka akan muntah, mual dan pening.

6. Lebih beremosi


Disebabkan perubahan hormon akibat kehamilan, wanita hamil juga mudah beremosi dan terasa tanpa alasan yang jelas.

7. Hilang selera atau terlebih selera makan


Peningkatan kadar hormon dan kadar sensitiviti terhadap bau-bauan akan membuat wanita kurang berselera untuk makan. Namun, berbeza pula keadaannya bagi wanita yang tiada sebarang alahan. Mereka akan jadi lebih berselera dan makan pada kadar yang banyak.

8. Sakit kepala


Ada sesetengah wanita hamil kerap alami sakit kepala di awal kehamilan disebabkan penurunan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah.

9. Tompokan darah


Antara tanda awal kehamilan adalah terdapat tompokan darah dari vagina. Ia menjadi tanda penempelan sel telur pada dinding rahim.

10. Rasa tegang pada perut


Ada sesetengah wanita alami ketegangan pada perut di awal kehamilan. Ini terjadi disebabkan proses implantasi pada rahim yang berlaku di antara 8 hingga 10 hari selepas ovulasi atau sekitar 4 hingga 6 hari sebelum haid berikutnya. Disebabkan rasa sakit ini hampir sama dengan sakit senggugut, ramai wanita keliru dan menganggap sakit ini adalah senggugut.

Lakukan Ujian Kehamilan


Jika anda mengalami kebanyakan tanda-tanda di atas, dan disertai pula dengan kelewatan haid selama seminggu, anda mungkin sedang hamil. Untuk kepastian, boleh lakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan kit kehamilan yang boleh didapati di mana-mana farmasi.

Sekiranya ujian menunjukkan anda positif hamil, buatlah temujanji dengan doktor untuk memastikan kandungan berada di dalam rahim dan menilai usia kandungan anda.

Bagi wanita hamil yang ingin menjalani kehamilan yang sihat dan mengelak sebarang komplikasi kesihatan, dinasihatkan agar menjaga pemakanan dengan mengambil makanan kaya dengan protein dan vitamin serta kurangkan gula, garam dan minyak. Minum air secukupnya untuk elak dehidrasi dan amalkan gaya hidup sihat dengan kekal aktif dan banyak bergerak.



Di samping itu, anda boleh mengamalkan Set Kehamilan Shaklee untuk menyokong keperluan nutrisi ibu dan bayi dalam kandungan. Set ini lengkap dengan semua nutrien yang ibu hamil perlukan untuk kesihatan tubuh dan juga pembesaran janin yang sihat.

Bagaimana untuk dapatkan Set Kehamilan Shaklee ini? Boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top