Tips Terbaik Kawal Gula Dalam Badan Secara Semulajadi

Diabetes adalah penyakit metabolik serius yang menjejaskan keupayaan badan untuk memperolehi tenaga daripada glukosa (gula) dalam darah. Ia terhasil apabila badan tidak boleh menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul.




Semua tisu tubuh manusia memerlukan bekalan glukosa yang stabil. Disebabkan pesakit diabetes mempunyai gangguan dalam metabolisme glukosa, jadi ia boleh memberi kesan kepada setiap organ. Khususnya, ia boleh membawa kepada penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, buta dan masalah saraf.


Jadi, untuk mencegah sebarang komplikasi serius dari penyakit Diabetes, langkah terbaik adalah untuk sentiasa memastikan dan mengawal gula dalam badan supaya berada pada tahap yang sihat seboleh mungkin.



Punca Penyakit Diabetes


Glukosa (gula) yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan penyakit Diabetes. Ini terjadi apabila pankreas berhenti dari menghasilkan insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin yang dihasilkan tidak berfungsi seperti sepatutnya (kerintangan insulin).


Insulin adalah hormon dalam darah yang membolehkan glukosa memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai bahan tenaga (fuel).Jika amaun insulin tidak mencukupi atau fungsi insulin terganggu, paras glukosa dalam darah menjadi terlalu tinggi dan mengakibatkan Diabetes.


Penyakit Diabetes boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 dan diabetes semasa hamil (gestational diabetes). Punca kepada setiap jenis penyakit ini adalah :


● Diabetes Jenis 1 - berlaku apabila sistem imun badan memusnahkan sel yang menghasilkan insulin di dalam pankreas. Kesannya, badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Jenis ini biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Rawatan untuk pesakit ini melibatkan suntikan insulin setiap hari untuk terus hidup.


● Diabetes Jenis 2 - cenderung untuk dialami oleh mereka yang berusia 40 tahun ke atas, namun golongan muda termasuk remaja dan kanak-kanak juga boleh mengalaminya. Jenis ini sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. 


Diabetes jenis 2 - berlaku apabila sel-sel anda menjadi kebal kepada tindakan insulin, dan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengatasi rintangan ini. Kesannya, gula kekal berada dalam aliran darah anda. Rawatan untuk pesakit ini termasuk turunkan berat badan bagi mereka yang berat badan berlebihan, diet yang sihat, dan ubat dan/atau insulin.


● Diabetes Gestasi - Semasa hamil, plasenta menghasilkan hormon untuk mengekalkan kehamilan anda. Hormon-hormon ini membuat sel-sel anda lebih kebal terhadap insulin. Biasanya, pankreas bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan ini. 


Tetapi kadang-kadang pankreas tidak boleh memenuhi keperluan. Apabila ini berlaku, terlalu sedikit glukosa masuk ke dalam sel-sel dan terlalu banyak kekal dalam darah, dan ini menyebabkan diabetes gestasi.




Tips Terbaik Kawal Gula Dalam Badan 


Tidak kira sama ada anda sudah mempunyai diabetes, mempunyai berat badan berlebihan, atau hanya mahu mengelakkan masalah di masa depan, ada banyak yang boleh anda lakukan untuk pastikan glukosa darah dan insulin berada pada tahap yang terkawal. Berikut antara tips yang boleh diamalkan untuk kawal gula dalam badan.


1. Makan bayam

Bayam kaya dengan magnesium dan beberapa kajian mendapati ia boleh bantu cegah perkembangan diabetes jenis 2. Satu kajian terhadap wanita menunjukkan pengambilan magnesium yang tinggi mengurangkan risiko diabetes sebanyak 20 peratus pada wanita yang berat berlebihan.


2. Makan kacang setiap hari

Kekacang merupakan makanan tinggi serat yang mengambil masa lama untuk dihadam, jadi ia melepaskan glukosa dalam darah secara perlahan. Kajian mendapati dengan hanya 75g kekacang setiap hari boleh menstabilkan tahap glukosa darah dan insulin.


3. Ambil sekurang-kurangnya dua hidangan produk tenusu rendah lemak 

Saiz hidangan adalah bersamaan dengan 200ml susu rendah lemak atau 200g yogurt. Satu kajian terhadap 3000 orang mendapati mereka yang mempunyai berat berlebihan dan mengambil banyak makanan tenusu kurang cenderung sebanyak 70 peratus untuk mendapat kerintangan insulin berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Ini menunjukkan laktosa, protein dan lemak di dalam produk tenusu memperbaiki glukosa darah dengan memperlahankan pertukaran gula dari makanan kepada glukosa darah.


4. Amalkan walnut

Walnut adalah sumber terbaik lemak mono tak tepu di mana ia tidak akan menaikkan tahap glukosa darah berbanding makanan lain. Dan terdapat kajian mengesyaki yang lemak jenis ini menjadikan sel lebih sensitif kepada insulin, seterusnya membantu memerangi glukosa yang tinggi dalam darah.


5. Amalkan kayu manis

Taburkan sedikit kayu manis ke dalam bubur, yogurt atau minuman teh dan kopi anda. Kajian dari Pakistan mendapati pengambilan kayu manis dalam diet harian  boleh menurunkan paras glukosa darah sebanyak 18 hingga 29 peratus bergantung kepada jumlah kayu manis yang diambil.


6. Jangan skip makan

Glukosa darah anda akan jatuh mendadak bila anda dalam keadaan sangat lapar. Kemudian, bila anda makan, anda limpahi sistem badan dengan glukosa. Ini memaksa pankreas untuk melepaskan lebih banyak insulin dan membentuk kitaran yang berbahaya.


7. Bahagi makanan kepada separuh

Sediakan sarapan, makan tengahari serta malam dan bahagi dua setiap hidangan. Makan separuh hidangan dahulu dan tunggu beberapa jam untuk makan baki yang separuh lagi.

Pengambilan beberapa makanan dalam saiz yang kecil berbanding hidangan yang besar boleh bantu elakkan kemasukan glukosa yang banyak yang seterusnya meningkatkan gula dalam darah dan pelepasan insulin yang tinggi.



8. Kurangkan makanan berlemak

Satu kajian dari Amerika mendapati mereka yang mempunyai tahap lemak tepu yang tinggi dalam darah adalah dua kali lebih berisiko untuk mendapat diabetes.


9. Hadkan pengambilan makanan tinggi indeks glisemik (GI) dan beban glisemik (GL)

GI dan GL adalah ukuran bagaimana mudah makanan ditukar kepada glukosa darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan rendah GI dan GL boleh tingkatkan pengawalan gula dalam darah untuk mereka yang mempunyai diabetes. Makanan rendah GI termasuk kekacang, epal, pear, barli, bijirin bran, susu dan yogurt.



10. Bersenam setiap hari

Senaman boleh kekalkan paras gula dalam darah stabil. Untuk kebanyakan orang, dengan hanya diet dan senaman boleh menyediakan rawatan efektif untuk diabetes. 



VIvix Ikhtiar Terbaik Untuk Pesakit Diabetes


Vivix merupakan suplemen antipenuaan yang kaya dengan resveratrol dan polifenol tumbuhan yang sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan.


Bahan aktif dalam Vivix iaitu resveratrol terbukti melalui beberapa kajian boleh mengawal gula dalam darah seterusnya membantu pesakit diabetes untuk mengelak dari sebarang komplikasi.




Satu kajian rawak yang dijalankan kepada 70 orang penghidap kencing manis, membuktikan bahawa pengambilan RESVERATROL 1g setiap hari selama 45 hari boleh:



● Menurunkan paras gula semasa puasa (fasting glucose)


Bacaan gula semasa berpuasa yang normal menunjukkan badan berupaya memproses gula dengan baik.


● Menurunkan kepekatan insulin.


Kepekatan insulin menurun bermaksud insulin yang sebelum itu mengalami kerintangan, kini sudah boleh digunakan. Dalam ertikata lain, resveratrol mengurangkan kerintangan insulin atau meningkatkan tahap sensitiviti insulin dalam mengurangkan paras gula.


● Menurunkan HbA1C iaitu parameter untuk menentukan tahap pengawalan gula seseorang.


HbA1c ialah satu bentuk hemoglobin yang bergabung dengan gula. Untuk orang normal, nilai HbA1c sepatutnya dibawah 6.5%. Kalau lebih dari itu, ia membawa maksud pengawalan gula tidak berapa bagus.


HbA1c ialah parameter untuk lihat pengawalan darah 3 bulan sebelum hari ujian darah. Maksudnya kalau HbA1 tinggi, paras gula biasanya tidak terkawal walaupun bacaan gula pada hari tersebut rendah atau bagus.


● Menurunkan tekanan darah sistolik


Sistolik ialah bacaan tekanan darah bahagian atas yang bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh jantung untuk pam darah ke seluruh badan.


Tekanan darah yang tinggi maksudnya ada masalah pada jantung sendiri yang memaksa jantung bekerja dengan lebih kuat.


● Menaikkan bacaan kolesterol HDL


HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana fungsinya untuk mengangkut kolesterol dari sel ke hati dan mengurangkan kolesterol dalam sel.



RESVERATROL ialah salah satu bahan aktif yang terdapat dalam VIVIX.  Berdasarkan kajian tersebut, Vivix secara tidak langsung adalah salah satu suplemen yang sangat bagus dan berpotensi untuk membantu mengawal penyakit diabetes dan melambatkan komplikasi.



Testimoni Pengguna Vivix Untuk Masalah Diabetes



 

 




 


Jika anda mempunyai diabetes, saya sarankan anda amalkan Vivix bermula dari sekarang. Lebih cepat anda berikhtiar untuk mengawal gula dalam darah, lebih rendah risiko anda untuk mendapat komplikasi penyakit akibat diabetes. 


Apa tunggu lagi..Jom order Vivix sekarang!!


Klik di bawah untuk pembelian secara online.









Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

3 comments:

  1. Replies
    1. sangat bahaya..satu penyakit tapi kalau tak jaga boleh bawa komplikasi lagi banyak penyakit kronik yang lain..

      Cara Atasi Kejang Otot Secara Semulajadi

      Delete
  2. bahagi makan kpd separuh tu susah sikit. hehe

    ReplyDelete

Back
to top