Punca Penyakit Multiple Sclerosis Dan Cara Mengurangkan Gejalanya

Multiple sclerosis (MS) atau sklerosis berganda adalah penyakit berkaitan saraf yang menjejaskan sistem saraf pusat termasuklah otak, saraf tunjang dan saraf optik. 

Dalam multiple sclerosis, sarung myelin yang melindungi gentian saraf mengalami kerosakan secara beransur-ansur seterusnya menjejaskan keupayaan saraf untuk menghantar impuls. Ini menyebabkan berlaku masalah komunikasi antara otak dan seluruh anggota badan. 

Tanda-tanda dan simptom MS berbeza dan bergantung kepada jumlah kerosakan saraf dan saraf mana yang terjejas. Sehingga kini, belum ada rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit MS. Walau bagaimanapun, rawatan yang betul boleh membantu mempercepatkan pemulihan selepas serangan MS dan mengawal penyakit serta mengurangkan gejalanya.


Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan punca penyakit multiple sclerosis dan cara mengurangkan gejalanya.



PUNCA PENYAKIT MULTIPLE SCLEROSIS

Punca sebenar penyakit MS masih tidak dapat dipastikan, tetapi pakar percaya bahawa MS adalah salah satu penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan menyerang sarung myelin sehingga menyebabkan ianya mengalami kerosakan dan menjejaskan fungsi saraf.


 

Ada juga pendapat mengatakan serangan virus mungkin penyumbang kepada terjadinya penyakit MS. Tetapi masih tidak dapat dipastikan jenis virus yang telibat.

Faktor keturunan juga dikatakan menjadi punca kepada peyakit MS. Dipercayai individu yang memiliki ahli keluarga yang pernah mengalami MS meningkatkan risiko individu tersebut terhadap penyakit MS.

TANDA-TANDA DAN GEJALA MULTIPLE SCLEROSIS
  • keletihan yang tidak normal
  • kebas-kebas tangan dan kaki
  • gangguan penglihatan
  • pertuturan tidak jelas
  • hilang keseimbangan dan koordinasi otot
  • kesukaran untuk mengunyah dan menelan
  • gegaran
  • masalah pundi kening dan usus
  • lumpuh (untuk kes yang teruk)

RAWATAN SEMULAJADI MENCEGAH DAN MENGURANGKAN GEJALA MULTIPLE SCLEROSIS

1. Amalkan diet rendah lemak dan tinggi serat. Diet rendah lemak, tinggi serat yang mengandungi buah-buahan, sayuran dan gandum boleh membantu mengawal MS dengan membekalkan tenaga dan nutrisi untuk lindungi dan baiki tisu, melawan jangkitan dan mengelakkan sembelit.

2. Amalkan pemakanan kaya dengan antioksidan. Sesetengah saintis percaya radikal bebas menggalakkan perkembangan MS. Antioksidan boleh meneutralkan radikal bebas, jadi tindakan yang bijak memasukkan makanan kaya dengan antioksidan dalam diet harian.

3. Dapatkan Vitamin D yang cukup. Terdapat kajian mendapati Vitamin D boleh menghalang perkembangan MS. Tambahan pula, individu dengan MS berisiko tinggi terhadap osteoporosis dan Vitamin D memainkan peranan dalam merendahkan risiko ini. Sumber terbaik termasuklah susu, soya yang diperkaya dan minuman air beras, lemak ikan dan marjerin.

4. Tingkatkan pengambilan air. Pengambilan air yang cukup dapat elak masalah sembelit. 

5. Elakkan kafein. 

6. Makan sedikit tetapi kerap. Ini membantu bekalkan tenaga sepanjang hari.

7. Berhati-hati dengan tekstur makanan. Ubahsuai penyediaan makanan untuk mengatasi kesukaran mengunyah dan menelan. Sebagai contoh, gantikan yogurt, puri buah dan sayuran, sup pekat dan puding untuk hidangan lembut dan kering.

8. Elakkan merokok.

9. Bersenam. Untuk individu yang alami MS yang ringan kepada sederhana, senaman aerobik secara tetap boleh tingkatkan kekuatan, otot, keseimbangan dan koordinasi. ia juga bantu legakan tekanan dan simptom kemurungan.

10. Kekalkan berat badan sihat.

IKHTIAR PENCEGAHAN DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

Untuk mengawal dan seterusnya mengurangkan penyakit MS, saya cadangkan pengambilan dua suplemen terbaik ini iaitu :

1. Nutriferon : Badan kita mudah diserang penyakit disebabkan oleh sistem imun yang lemah. Nutriferon dapat bantu tingkatkan penghasilan interferon di dalam badan seterusnya mengukuhkan sistem imun badan. 

2. Vivix : merupakan minuman botani gabungan anggur muscadine, purple carrot, polygonum cuspidatum dan european elderberry. Ia kaya dengan resveratrol dan polifenol yang mempunyai kuasa antioksidan yang sangat tinggi yang dapat melindungi sel-sel dari rosak. Selain itu, ia boleh membantu memulihkan sel-sel saraf yang rosak akibat penyakit MS. 

Berusahalah selagi mampu. Jangan biarkan penyakit multiple sclerosis ini menjejaskan kualiti hidup anda. Bertindak segera.

Bagaimana untuk dapatkan produk ini? Boleh terus hubungi saya.

atau ingin buat pembelian sekarang? hanya satu klik sahaja.





Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb Page : kedai doktorvitamin
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.




CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top