Perlu Ke Suplemen Kalau Dah Makan Sayur?

Saya bukanlah penggemar sayur. Tetapi takdelah tak makan langsung. Setiap hari akan didik jugak diri ni untuk makan sayur.

Sayur sangat penting untuk kesihatan. Walaupun saya dah makan suplemen, tapi tak bermaksud tak perlu makan sayur.

Suplemen bukan pengganti makanan tetapi ia bantu cukupkan nutrisi yang kurang dalam badan..Ingat tu ye..

Dalam banyak-banyak sayur, carrot yang paling kakEkin suka..Anak-anak pun suka makan..Jadi, setiap hari kalau masak menu sayur akan ada carrot..hihi


Carrot sangat bagus untuk kesihatan lagi-lagi untuk mata. Kalau korang nak tau, carrot adalah sumber terbaik beta-carotene, serat, vitamin K, potassium dan antioksidan.

Beta-carotene yang terkandung dalam carrot akan ditukarkan kepada vitamin A dalam badan. Vitamin A menggalakkan penglihatan yang sihat dan penting untuk pertumbuhan dan fungsi imun.

Serat bantu kurangkan gula dalam darah, kurangkan penyerapan kolesterol dalam usus dan bantu elak sembelit.

Vitamin K penting untuk pembekuan darah dan menggalakkan kesihatan tulang.

Potassium merupakan mineral penting untuk kawal tekanan darah.

Antioksidan yang terkandung dalam carrot bantu lindungi sel badan dari rosak akibat serangan radikal bebas.

Oh ye, yang rancang nak turunkan berat badan tu pun bagus masukkan carrot dalam diet korang. Makan carrot akan cepat kenyang, dan ini bantu korang kurangkan pengambilan kalori dalam makanan seterusnya.

Banyak kan khasiat carrot. Jangan tinggalkan carrot dalam pemakanan harian okey..

Tapi suka saya nak ingatkan, kadang-kadang kita rasa macam dah ambil pemakanan yang seimbang.. Tapi, sebenarnya ia belum cukup untuk menampung nutrisi yang diperlukan badan.

Nak tau sebab apa?
- zaman sekarang ni tanah pun banyak yg dah tercemar. Ini menyebabkan kualiti nutrien yang terkandung dalam tanaman itu terjejas
- cara kita masak pun menyebabkan nutrien dalam sayuran tu berkurang.

Jadi, untuk top up nutrien yang berkurangan tu, suplemen adalah cara terbaik..Sebab tu, saya ambil suplemen..sbb saya tau badan saya amat perlukannya.

Lagi satu, kebanyakan sayuran sekarang sudah tercemar dengan pesticide yang boleh jadi toksin dalam badan kita. Untuk itu, digalakkan pilih sayuran yang ditanam secara organik.. Tapi, agak mahal sedikit harganya. Jadi, yang kurang berkemampuan, saya sarankan semasa penyediaan sayuran tu, pastikan anda cuci betul-betul sehingga bersih..lagi bagus kalau anda dapat cuci dengan basic h. Sayur jadi lebih segar dan dijamin bersih.

#tsunamishaklee #liveamazing #pengedarshakleehululangat #pengedarahakleebandaemahkotacheras #pengedarshakleeampang #pengedarshakleebandartunhussienonn

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp / call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : sheqien.shaklee

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos Seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top