Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang Kronik Secara Berkesan

Buah pinggang antara organ yang terpenting dalam tubuh badan kita. Ianya berfungsi untuk menapis darah, membantu mengawal tekanan darah, memastikan keseimbangan cecair dalam badan, mengawal selia hormon, menjaga kesihatan tulang dan mengarahkan badan untuk menghasilkan sel darah merah.

Apa jadi kalau buah pinggang rosak? Sudah tentu tahap kesihatan kita akan menurun malah boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan punca dan cara mencegah penyakit buah pinggang kronik secara berkesan.




Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik

Kebiasaannya, kerosakan buah pinggang jarang dapat dikenal pasti di peringkat awal kerana buah pinggang masih lagi boleh menjalankan fungsinya walaupun hanya tinggal 20% dari kapasiti kemampuannya. Sebab itu, ramai orang hanya mengetahui mereka menghidapi masalah buah pinggang ketika sudah berada di tahap 4. Bila buah pinggang dah mula rosak, ianya memang tidak boleh pulih kembali. Sebab itu pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang dengan sebaik-baiknya.

Penyakit buah pinggang kronik merujuk kepada kehilangan daya fungsi buah pinggang secara perlahan-lahan dalam tempoh beberapa tahun. Apabila penyakit buah pinggang kronik berada di tahap terakhir, pesakit perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan hidup.

Punca kepada penyakit buah pinggang kronik selalunya tidak diketahui. Tetapi, apa jua keadaan atau penyakit yang merosakkan salur darah atau struktur lain dalam buah pinggang boleh membawa kepada penyakit tersebut. Punca penyakit buah pinggang kronik termasuklah :

1. Diabetes. Kadar gula yang tinggi dalam darah merosakkan salur darah di dalam buah pinggang. Jika tahap gula dalam darah kekal tinggi beberapa tahun berikutnya, kerosakan ini secara perlahan-lahan mengurangkan fungsi buah pinggang.

2. Tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh merosakkan salur darah secara perlahan-lahan. Ini akan mengurangkan bekalan darah ke organ-organ penting spt buah pinggang seterusnya merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang. 

3. Jangkitan dan penyakit buah pinggang seperti penyakit buah pinggang polycystic, pyelonephritis, glomerulonephritis atau masalah buah pinggang sejak lahir

4. Mempunyai arteri ginjal yang sempit atau tersekat. Arteri ginjal fungsinya membawa darah kepada buah pinggang.

5. Penggunaan ubat yang boleh merosakkan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang. Contohnya ubat tahan sakit seperti celecoxib dan ibuprofen, dan sesetengah  ubat antibiotik. 

Tanda-tanda Dan Gejala Penyakit Buah Pinggang Kronik

Tanda-tanda penyakit buah pinggang bergantung kepada peringkat penyakit itu. Pesakit biasanya tidak mempunyai gejala apa-apa semasa di peringkat awal penyakit buah pinggang. Ini antara sebab ramai yang tidak menyedari mereka telah berpenyakit. Bila pesakit sudah memasuki peringkat akhir, gejala berikut mungkin berlaku :
  • kerap merasa letih
  • bengkak kaki, terutamanya pada waktu malam/berdiri terlalu lama
  • rasa loya/muntah berpanjangan
  • tekanan darah tidak terkawal
  • jumlah air kencing berkurangan

Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang Kronik

Mengambil diet seimbang, menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat antara cara terbaik untuk mencegah penyakit buah pinggang kronik. Antara langkah yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko penyakit buah pinggang dan memperlahankan kerosakannya termasuklah:

Periksa tekanan darah secara berkala
  • mempunyai tekanan darah yang normal sangat penting jika anda ingin mencegah penyakit buah pinggang. Ini kerana tekanan darah tinggi sangat berkait dgn penyakit buah pinggang.

Mengelakkan pengambilan garam yang berlebihan. 
  • Pengambilan garam dan makanan yang mengandungi natrium harus dikawal kerana sekiranya ia diambil secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Tetapi jangan buang terus pengambilan garam dalam diet harian kerana sedikit garam masih diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan.

Sentiasa peka dengan perubahan air kencing
  • jika anda merasa sakit ketika membuang air, atau air kencing anda bertukar kepada warna keruh, berbau atau berbuih, sila berjumpa dengan doktor. Ini antara tanda-tanda masalah di saluran kencing di mana sekiranya tidak dirawat boleh membawa kepada penyakit buah pinggang.

Berhenti merokok
  • Mereka yang merokok meningkatkan risiko terhadap penyakit jantung, kanser paru-paru dan penyakit buah pinggang. Jadi, berhenti merokok adalahcara yang mudah dan berkesan untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit buah pinggang kronik

Kurangkan pengambilan alkohol (bagi non-muslim)
  • pengambilan alkohol yang berlebihan boleh membawa kepada peningkatan dalam tekanan darah dan paras kolestrol dalam darah. Jadi, pengambilan alkohol yang sederhana adalah digalakkan untuk mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.

Kerap melakukan aktiviti fizikal
  • Senaman yang kerap dapat mengurangkan risiko penyakit buah pinggang kronik kerana ia boleh membantu menurunkan tekanan darah, di samping itu memberi kesan positif lain kepada kesihatan. Untuk hasil yang terbaik, sekurang-kurangnya 30 minit dicadangkan setiap hari. Antara senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan, berbasikal dan lain-lain aktiviti.

Pengambilan ubat mengikut sukatan
  • Sesetengah ubat-ubatan diketahui boleh meningkatkan beban pada buah pinggang dan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit buah pinggang kronik. Contohnya ubat antiradang bukan steroid seperti aspirin atau ibuprofin. Pengambilannya perlu mengikut sukatan yang doktor tetapkan. Lebih bagus kalau ubat-ubatan ini dapat diganti dengan alternatif lain seperti suplemen omega-3 dan bcompleks.

Cadangan Suplemen Untuk Memperlahankan Kerosakan Buah Pinggang

Seperti yang diketahui, buah pinggang yang sudah mula rosak tidak dapat dipulihkan kembali. Tetapi, kita boleh berusaha untuk memperlahankan kerosakannya. Ikhtiat terbaik untuk menjaga dan melindungi buah pinggang dari cepat rosak adalah dengan mengamalkan Vivix. 



Vivix merupakan suplemen antipenuaan yang kaya dengan resveratrol dan polifenol yang terbukti secara klinikal memberi kesan positif kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap selular. Ramuan vivix dapat bantu:
  1. melindungi dan memperbaiki sel
  2. mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular
  3. menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  4. melambatkan pembentukan protein AGE

Bagaimana Vivix membantu pesakit buah pinggang?

Kajian mendapati resveratrol membantu pesakit buah pinggang melalui 6 cara iaitu:
  1. resveratrol tinggi kandungan antioksidan di mana ianya dapat mengurangkan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang
  2. meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang normal
  3. mengurangkan pengumpulan platlet pada buah pinggang
  4. mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  5. mengurangkan proses lipid peroksida
  6. mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang

Antara testimoni pesakit buah pinggang yang mengamalkan Vivix :

Testimoni 1 :



Testimoni 2 :



Testimoni 3:
Testimoni 4 :



Sekiranya anda mengalami masalah buah pinggang, bertindak segera. Cegah buah pinggang anda dari mengalami kerosakan yang lebih teruk dengan suplemen terbaik seperti Vivix. Tidak rugi melabur untuk kesihatan yang lebih baik dan terjamin.

Jika berminat untuk mendapatkan Vivix, bolehlah hubungi saya. Saya sedia untuk membantu anda.


shikin satiman
ID: 1147051
Whatsapp/call: 012-9402603
Fb: shikin satiman
Ig: vitamin_sihat_semulajadi
Emel: shikin.azly@gmail.com

Kawasan COD: Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

2 comments:

  1. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Masalah buah pinggang ini bukanlah sesuatu masalah yang boleh dipandang remeh.Baca Tanda Tanda Awal Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi Dan Cara Mengatasinya Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..buah pinggang kalau dah mula rosak dah tak boleh sembuh. kita hanya boleh cegah ia dari bertambah rosak. Jagalah buah pinggang kita sebaiknya..

      Cara Atasi Kejang Otot Secara Semulajadi

      Delete

Back
to top