Cara Atasi Sakit Belakang Akibat Slipped Disc Secara Semulajadi

Kebanyakan orang dewasa pasti pernah mengalami sakit belakang pada satu-satu masa dalam kehidupan mereka . Selalunya, rasa sakit itu datang dan akan pulih dengan sendirinya. Tetapi, ada sebahagiannya menderita sakit belakang yang berulang-ulang untuk tempoh yang lama sehingga mengganggu emosi dan menjejaskan pergerakan dan aktiviti seharian.


Slipped disc atau dikenali juga herniated disc antara punca utama kepada masalah sakit belakang yang dialami oleh kebanyakan orang dewasa. Untuk atasi sakit belakang akibat slipped disc, ada beberapa tips yang boleh diamalkan. Baca selanjutnya.



Apakah itu Slipped Disc?


Slipped disc adalah suatu keadaaan di mana bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang telah beralih tempat, membonjol ke belakang seterusnya menekan bahagian saraf tunjang atau saraf akar tulang belakang.


Keadaan ini boleh mengakibatkan kesakitan pada bahagian belakang, yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadangkala betis. 

Klik >> Kenali Tanda-tanda Slipped Disc Dan Cara Merawatnya Tanpa Pembedahan

Slipped disc berlaku apabila struktur dinding luar disk (annulus fibrosus) terkoyak dan ini membolehkan bahagian dalam disk, yang dikenali sebagai nucleus pulposus (berbentuk gel) membonjol keluar.

Faktor usia antara penyebab kepada keadaan ini. Semakin kita berusia, perubahan biokimia semulajadi menyebabkan disk menjadi kering secara beransur-ansur, yang boleh menjejaskan kekuatan dan ketahanannya.

Gerakan tertentu seperti ketika kita berpusing atau beralih untuk mengangkat objek juga boleh menyebabkan slipped disc. Mengangkat objek yang berat dan besar juga boleh menyebabkan ketegangan yang kuat pada bahagian belakang, dan mengakibatkan slipped disc.

Jika anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda mengangkat banyak barang, anda mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat slipped disc. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan juga berisiko tinggi terhadap slipped disc kerana disk mereka terpaksa menyokong berat tambahan. Otot yang lemah, merokok dan gaya hidup yang tidak aktif juga boleh menyumbang kepada berlakunya slipped disc.

Terdapat 4 peringkat slipped disc, dan gejala yang dialami oleh pesakit bergantung pada peringkat slipped disc yang berlaku.

1. Disc degeneration - Semasa peringkat ini, nukleus pulposus menjadi lemah kerana perubahan kimia dalam disk yang berkaitan dengan usia. Pada peringkat ini, tiada pembonjolan (herniasi) berlaku, tetapi disk mula menjadi kering dan kurang mampu menyerap kejutan (shock) dari pergerakan. Tiada simptom ketara yang dialami pesakit ketika peringkat ini.

2. Disc prolapsed - Di peringkat ini, disk menonjol keluar tetapi bahagian annulus fibrosus belum terkoyak. Pada peringkat ini, biasanya pesakit hanya mengalami sakit belakang yang menjalar ke kaki.

3. Disc extrusion - Di peringkat ini, stuktur annulus fibrosus telah terkoyak dan membolehkan bahagian nukleus pulposus terkeluar tetapi masih kekal berada dalam disk. Pada peringkat ini, pesakit mula mengalami kesakitan yang lebih teruk dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan pada sebelah atau kedua-dua belah kaki.

4. Disc sequestration - Di peringkat terakhir ini, tisu nukleus pulpolus pecah dan memasuki ruang saraf tunjang. Kesakitan yang dialami pesakit pada peringkat ini sama seperti peringkat extrusion.


Cara Semulajadi Atasi Sakit Belakang Akibat Slipped Disc


Rawatan yang biasa untuk pesakit slipped disc termasuklah preskripsi atau ubat penahan sakit, terapi fizikal, fisioterapi seperti kaedah haba dan ultrasound dan pilihan terakhir dengan pembedahan, sekiranya rawatan yang sedia ada tidak berkesan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.

Cara semulajadi untuk atasi sakit belakang yang berpunca dari slipped disc pula boleh dicapai melalui nutrisi yang betul, senaman dan beberapa perubahan gaya hidup. Ini adalah cara berkesan untuk bantu mengawal dan mengurangkan kesakitan dan juga bantu slipped disc pulih dengan sendirinya.

1. Amalkan pemakanan berkhasiat.



Badan kita perlukan nutrisi yang baik untuk berfungsi dengan baik. Jadi, langkah pertama untuk kita bantu pulih dari slipped disc dengan sendirinya adalah dengan bekalkan nutrien yang betul kepada tubuh.

Masukkan lebih banyak sayuran dan buahan dalam diet harian. Amalkan bijirin dan daging tanpa lemak. Gunakan lemak yang baik setiap hari (minyak kelapa, minyak zaitun) dan hadkan jumlah makanan bergoreng atau minyak hidrogenasi yang kita gunakan.

2. Amalkan bone broth



Disarankan juga untuk amalkan 'bone broth' (sup tulang) dalam diet harian. Bone broth membekalkan tubuh kita nutrien penting seperti kolagen, kalsium, magnesium, kondroitin sulfat dan glucosamine yang dapat kurangkan sakit belakang, dan juga baiki dan pulihkan disk yang rosak secara beransur-ansur.

3. Perbanyakkan makanan anti-radang



Selain itu, disarankan untuk perbanyakkan makanan anti-radang dalam diet harian seperti sayuran daun hijau, ikan salmon, mackerel, minyak zaiton dan juga herba seperti kunyit, halia dan bawang putih. Ini dapat bantu mengurangkan keradangan dan kesakitan disebabkan oleh slipped disc.

4. Kekal hidrat




Pastikan pengambilan air yang cukup setiap hari untuk elak dihidrasi. Ini penting untuk pastikan disk tulang belakang mempunyai cecair mencukupi supaya dapat berfungsi dengan baik.

5. Senaman




Senaman meningkatkan aliran darah ke disk. Darah membawa nutrien yang diperlukan untuk penyembuhan. Dengan melakukan senaman, kita dapat menguatkan otot-otot badan yang membawa kepada tulang belakang yang lebih kuat dan vertebra yang sihat.

Selain membantu penyembuhan slipped disc secara beransur-ansur, senaman boleh menghalang kejadian atau kecederaan selanjutnya. Ia juga bantu melegakan dan mengurangkan sakit belakang. Antara senaman yang bagus untuk tulang belakang termasuk berjalan, berenang, mengayuh basikal dan yoga.


6.Akupunktur



Akupunktur adalah rawatan alternatif di mana jarum halus dimasukkan pada titik tertentu pada badan kita. Ia merangsang aliran tenaga dan meningkatkan fungsi saraf. Jadi, ini dapat membantu memberi kelegaan pada pesakit slipped disc.

7. Pengambilan supplemen


Disarankan untuk mengambil supplemen bagi menyokong keperluan nutrisi tubuh untuk berfungsi dengan lebih baik. Jadi, ini boleh membantu percepatkan pemulihan slipped disc dan mengurangkan kesakitan.


Berikut merupakan supplemen yang bermanfaat untuk pesakit slipped disc :

● Asid lemak Omega 3 - mempunyai ciri-ciri anti radang yang berfungsi mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan akibat slipped disc. Manfaat omega 3 boleh didapati melalui pengambilan OmegaGuard.

Klik >> Manfaat OmegaGuard Untuk Kesihatan

● Polifenol tumbuhan - kaya dengan antioksidan yang berfungsi memelihara sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. Jadi, ia boleh melindungi sel tisu dan disk tulang belakang dari kerosakan.

Polifenol juga mempunyai ciri anti radang yang boleh membantu dalam mengurangkan keradangan dan pemulihan disc yang rosak. Manfaat polifenol tumbuhan boleh diperolehi melalui pengambilan Vivix dalam diet harian.

Klik >> Manfaat Vivix Untuk Kesihatan

● Kolagen - penting dalam pembaikan tisu dan disk yang rosak. Sumber kolagen terbaik boleh didapati dalam Shaklee Collagen Powder.

● Kalsium dan Vitamin D - Kalsium penting untuk pembentukan tulang belakang yang kuat. Vitamin D pula penting dalam penyerapan kalsium dalam tubuh kita. Manfaat kedua-dua nutrien ini terdapat dalam Ostematrix.

Klik >> Manfaat OsteMatrix Untuk Tulang Yang Sihat


Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda mengatasi masalah slipped disc yang dihadapi.

Sebarang pertanyaan dan konsultansi tentang produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.



Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top