10 Tips Pemakanan Untuk Rendahkan Kolesterol Secara Semulajadi

Hampir separuh dari orang dewasa mempunyai masalah kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko mereka terhadap penyakit jantung dan strok. Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam, kita boleh bantu rendahkan paras kolesterol dalam darah.





Apakah yang dimaksudkan dengan kolesterol tinggi?


Bila kita mempunyai kolesterol tinggi dalam darah, ini bermaksud badan kita menghasilkan terlalu banyak kolesterol low-density lipoprotein (LDL) dan terlalu sedikit kolesterol high-density lipoprotein (HDL).  Kolesterol 'jahat' LDL membawa kolesterol ke dalam arteri dan menyumbang kepada pemendapan plak pada dinding arteri, manakala kolesterol 'baik' HDL membawa kolesterol keluar ke hati untuk disingkirkan dari badan. 

Kebiasaannya, kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Sebab itu, ramai yang tidak menyedari mereka sebenarnya mempunyai kolesterol tinggi. Yang paling malang, bila kita mengetahuinya bila sudah diserang penyakit akibat dari masalah tersebut. Namun, ada beberapa tanda fizikal yang mungkin dialami bila tahap kolesterol tinggi dalam badan. Apa yang penting, kita perlu sentiasa pantau tahap kolesterol kita dengan melakukan pemeriksaan darah.

Baca sini >> Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan


10 Petua Mudah Rendahkan Kolesterol Secara Semulajadi



Punca utama kolesterol tinggi adalah pengambilan terlalu banyak lemak tepu dalam diet harian. Dengan memilih pemakanan yang betul dan menjaga kesihatan diri dengan baik, kita sebenarnya boleh bantu mengawal kolesterol dalam badan dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. 

Berikut adalah 10 tips pemakanan untuk rendahkan kolesterol secara semulajadi yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian.


1. Pilih karbohidrat komplex


Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti roti putih dan nasi putih dan banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks termasuk roti gandum penuh, dapat meningkatkan sedikit kolesterol HDL dan merendahkan trigliserida, lemak darah yang menyumbang kepada penyakit jantung.



2. Makan makanan yang dipertingkatkan dengan sterol dan stanol tumbuhan.


Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang dipertingkatkan dengan sterol dan stanol tumbuhan boleh bantu merendahkan paras kolesterol LDL. Pengambilan 2000mg sterol dan stanol tumbuhan didapati boleh merendahkan kolesterol LDL sebanyak 10 - 15 peratus. Sterol dan stanol tumbuhan adalah bahan semulajadi yang serupa dengan kolesterol dari segi struktur kimianya.

Jadi, dapatkan margarin, yogurt dan produk susu lain yang dipertingkatkan dengan sterol dan makan setiap hari. Pilihan lain untuk dapatkan manfaat sterol dan stanol tumbuhan, ada dalam supplemen semulajadi Phytocol-ST.

Baca sini >> Kawal Kolesterol Secara Semulajadi Dengan Phytocol-ST


3. Makan makanan kaya dengan omega 3


Ikan tuna, herring dan salmon menyediakan sumber asid lemak omega 3 terbaik, yang boleh bantu merendahkan paras lemak trigliserida dalam darah kita. Paras lemak trigliserida yang tinggi boleh menyumbang kepada risiko penyakit kardiovaskular. Manfaat asid lemak Omega 3 juga ada terkandung dalam OmegaGuard.

Baca sini >> Manfaat Omegaguard Untuk Kesihatan


4. Banyakkan minum jus oren



Kajian menunjukkan pengambilan dua gelas jus oren setiap hari boleh bantu merendahkan jumlah kolesterol. Satu kajian dari Kanada pula mendapati dengan minum tiga gelas jus oren setiap hari selama empat minggu boleh meningkatkan tahap kolesterol HDL sebanyak 21% dan memperbaiki nisbah kolesterol HDL kepada LDL sebanyak 16%.


5. Amalkan avocado


Beberapa kajian menunjukkan dengan memakan sebiji avokado setiap hari sebagai sebahagian dari pemakanan sihat boleh merendahkan kolesterol LDL sebanyak 17%.


6. Minum jus kranberi sekurangnya 3 gelas sehari


Kranberi kaya dengan anthocyanins, proanthocyanidins dan flavonols, kimia tumbuhan yang mencegah kolesterol LDL daripada pengoksidaan iaitu proses yang menjadikan kolesterol LDL lebih cenderung untuk melekat di dinding arteri. Kimia tumbuhan ini juga mengelakkan sel darah merah daripada melekit. Satu kajian dari Amerika mendapati, pengambilan tiga gelas jus kranberi setiap hari boleh naikkan paras kolesterol HDL sehingga 10%. Manfaat Anthocyanins juga boleh diperolehi dalam Vivix.

Baca sini >> Manfaat Vivix Untuk Kesihatan


7. Amalkan limau gedang


Limau gedang tinggi kandungan pektin, serat larut yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol. Limau gedang boleh mengganggu penyerapan dan pemprosesan beberapa ubat di hati, jadi, dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu. Sumber lain pektin termasuk epal dan beri.


8. Amalkan oatmeal untuk sarapan


Oatmeal kaya dengan serat larut dipanggil beta glukan yang boleh merendahkan tahap kolesterol LDL kita sebanyak 12 hingga 24 % jika diambil setiap hari. Lebih bagus jika dicampur dengan makanan lain yang kaya dengan serat larut seperti kacang. 


9. Ambil soya dalam diet harian


Kajian dari Sepanyol ke atas 40 lelaki dan wanita mendapati mereka yang minum 2 cawan soya sehari selama tiga bulan dapat merendahkan kolesterol LDL, dan dalam masa yang sama meningkatkan kolesterol HDL. Sebaiknya pilih soya diperkuatkan dengan kalsium dan tidak diubah secara genetik (kebanyakan soya di pasaran telah diubah secara genetik). Manfaat soya boleh juga diperolehi dengan mengamalkan ESP.


10. Amalkan teh hitam setiap 4 jam


Saintis mendapati minum 5 cawan teh hitam sehari selama tiga minggu merendahkan tahap kolesterol bagi individu dengan kolesterol tinggi.




Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat bagi mereka yang ingin mengawal kolesterol seterusnya meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Sebarang pertanyaan dan konsultansi tentang produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia untuk membantu.




Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top