Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan Yang Perlu Anda Tahu

Paras kolesterol tinggi dalam badan tidak bagus untuk kesihatan. Ia menyumbang kepada pengumpulan plak di dalam arteri dan menghalang aliran darah ke otak, buah pinggang, alat kelamin, kaki dan juga jantung.

Kolesterol tinggi adalah punca utama kepada penyakit jantung dan strok. Jadi, setiap orang terutamanya golongan berisiko seperti mereka yang berusia, mempunyai sejarah keluarga dengan kolesterol tinggi, obesiti dan tidak mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat seharusnya kerap menjalani pemeriksaan paras kolesterol. Ini dapat bantu mengawal kolesterol dan mencegah diri dari komplikasi penyakit yang lebih serius.



Bagaimana terjadi kolesterol tinggi dalam badan?


Kolesterol adalah bahagian penting dalam setiap struktur sel dan diperlukan untuk fungsi otak dan saraf yang normal. Ia juga adalah asas kepada penghasilan hormon seks.

Kolesterol dihasilkan di dalam hati dan diangkut melalui aliran darah ke bahagian badan yang memerlukannya. Ia adalah bahan berlemak. Memandangkan kandungan utama darah adalah air, jadi kolesterol diangkut oleh lipoprotein untuk bergerak dalam aliran darah.

Low density lipoprotein (LDL) merupakan pengangkutan utama kolesterol dalam darah. Ia juga dikenali sebagai 'kolesterol jahat' kerana menggalakkan pembentukan plak pada dinding arteri.

High density lipoprotein (HDL) pula adalah 'kolesterol baik' yang berfungsi membawa keluar kolesterol yang tidak diperlukan dari sel dan menghantarnya ke hati untuk disingkirkan.

Bila kolesterol jadi tinggi dalam badan? Ia berlaku apabila paras LDL terlalu tinggi atau paras HDL yang terlalu rendah sehingga menjejaskan fungsi HDL dan menyebabkan kolesterol tinggi dalam badan.

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan.


Kebanyakan orang yang mempunyai kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda. Selalunya mereka tidak menyedari mereka mempunyai masalah ini sehingga aterosklerosis yang berkaitan dengan kolesterol membawa kepada penyempitan arteri yang ketara dan mengakibatkan kerosakan pada hati atau otak mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda-tanda fizikal yang dapat membantu mengesan paras kolesterol yang tinggi.

1. Tangan dan kaki sering sakit


Jika mempunyai kolesterol tinggi, kita mungkin akan sering merasa sakit di tangan dan kaki kerana saluran darah di kaki dan tangan semakin sempit akibat dari pengumpulan kolesterol. Pengumpulan ini secara amnya berlaku secara berterusan dan peredaran darah dan bekalan nutrien yang lemah ke kaki tangan menyebabkan tangan dan kaki kita sakit

2. Kerap berasa kesemutan ('tingling')


Kesemutan di tangan dan kaki adalah tanda peredaran darah rendah. Ini berlaku apabila aliran darah menjadi lebih perlahan kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah. Peredaran darah yang lemah menyebabkan saraf di tangan dan kaki kita tidak mendapat nutrien dan oksigen yang mencukupi, yang memberi kita sensasi kesemutan.

3. Sakit pada bahagian kiri dada


Kesakitan pada dada kiri juga adalah tanda paras kolesterol tinggi. Penimbunan plak yang minimal di mana-mana bahagian badan dapat mengurangkan aliran darah. Jantung terpaksa bekerja lebih untuk memulihkan aliran darah yang normal dan ini boleh menyebabkan sakit atau palpitasi. Kesakitan ini juga boleh menjadi tanda serangan jantung.


4. Kerap sakit di belakang kepala


Sakit kepala yang kerap di bahagian belakang kepala mungkin disebabkan oleh saluran darah tersumbat di kawasan sekitar kepala. Sekiranya keadaan ini tidak terkawal, saluran darah boleh pecah dan menyebabkan strok.


5. Bintik kolesterol pada kelopak mata


Bintik kolesterol juga boleh terkumpul pada kelopak mata, di mana ia dipanggil xanthelasmas.  Bintik ini menunjukkan bahawa kita mungkin mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

6. Benjolan pada tubuh


Metabolisme lemak yang tidak betul membawa kepada pembentukan tahi lemak atau deposit yang dipanggil lipomas. Lipomas terbentuk di antara otot dan kulit. Secara umumnya, lipomas berkembang di kawasan perut, leher, kaki dan lengan tetapi sesetengah orang yang mempunyai kolesterol tinggi boleh mendapatkannya di bahagian yang berlainan badan.

7. Keletihan


Jika kita mempunyai tahap kolesterol tinggi, kita mungkin mengalami keletihan atau kepenatan kerana kekurangan tenaga yang kita perlukan.

8. Kemurungan dan hilang ingatan


25% daripada jumlah kolesterol dalam tubuh didapati di otak. Otak juga mengandungi lebih banyak kolesterol daripada organ lain di dalam tubuh. Menurut kajian, kecacatan metabolisme kolesterol dikaitkan dengan penyakit Alzheimer dan penyakit neurodegeneratif lain. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kemurungan dan kehilangan ingatan boleh dikaitkan dengan kolesterol LDL yang tinggi atau kolesterol HDL yang rendah.

Cara Semulajadi Kawal Kolesterol Dengan Berkesan


Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas, tidak semestinya anda mempunyai kolesterol tinggi tetapi adalah penting untuk setiap orang mengetahui kadar kolesterol dalam darah untuk mengelakkan penyakit jantung pada masa depan dan penyumbatan dalam saluran darah.

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan agar tahap kolesterol kita diperiksa setiap 5 tahun jika kita adalah seorang dewasa yang sihat pada usia 20 tahun. Namun, kita mungkin perlu memeriksa tahap kolesterol lebih kerap jika mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kolesterol tinggi disebabkan oleh sejarah keluarga dengan masalah kolesterol atau serangan jantung pada usia muda.

Untuk mengawal kolesterol, adalah penting untuk kita membuat perubahan gaya hidup ke arah lebih baik seperti mengekalkan rutin senaman, amalkan pemakanan yang sihat, dan memantau tahap kolesterol kita dengan membuat pemeriksaan.

Klik >> Tips Atasi Masalah Kolesterol Tinggi Secara Cepat Dan Berkesan.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan supplemen tertentu untuk menyokong kesihatan tubuh dan bantu mengawal tahap kolesterol kita.

Di sini saya ingin kongsikan kisah seorang penghidap masalah kolesterol tinggi yang ikhtiar dengan suplemen untuk kawal masalah kolesterolnya. Selepas pengambilan supplemen yang konsisten, tahap kolesterolnya semakin stabil. Jemput baca.




[RESVERATROL BANTU STABILKAN BACAAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN KOLESTROL EMAK]
.Assalamualaikum. Saya Wan Zainab bt Wan Muhammad. Saya ingin ceritakan Shaklee Effect ibu saya.
.
Emak saya mengalami masalah darah tinggi dan masalah ini sudah lama dialami beliau. Kesihatan beliau sering terganggu.
.
Emak saya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 11 orang anak. Sekarang adalah waktu rehat beliau, memandangkan anak2 sudah besar.
.
Beliau kerap demam, sakit kepala dan sakit-sakit badan. Emak saya seorang yang anti kepada perubatan moden. Jika demam atau tak sihat, beliau akan ke perubatan alternatif.
.
Sehingga satu hari, beliau sangat sakit kepala walaupun dah ambil ubat perubatan alternatif. Lalu, kami anak-anak menyuruh ibu ke klinik biasa berjumpa doktor.
.
Alangkah terperanjatnya, tekanan darah emak sangat tinggi. Doc bekalkan ubat darah tinggi. Kolestrol beliau juga tinggi.
.
Lalu saya sarankan emak amalkan Vivix disamping amalkan ubat yang doktor beri. Selepas 6 bulan, beliau buat ujian darah sekali lagi.
.
Alhamdulillah, result ujian darah emak sangat bagus. Bacaan kolestrol turun dan bacaan darah pun turun. Beliau mula amalkan makanan sihat dan jaga kesihatan sungguh-sungguh.
.
Selepas itu, beliau stop vivix. Sebab dah rasa lebih baik. Tapi beliau silap, bila buat ujian darah untuk next appoinment, result kolestrol naik semula. Walaupun dah makan makanan sihat, tapi ianya tak membantu.
.
Emak mahu amalkan vivix semula dan juga Pyhtocol ST untuk masalah kolestrol beliau. Alhamdulillah, sekarang dah 2 botol Vivix beliau amalkan. Emak semakin sihat dan tiada sakit kepala lagi.
.
Saya sangat bersyukur kerana emak kembali sihat. Terima Kasih Allah. Terima kasih Shaklee.


Apa yang diamalkan oleh beliau adalah Vivix dan juga Phytocol ST. Kedua-dua vitamin ini sangat sesuai untuk membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh.

Resveratrol dan polifenol, iaitu bahan aktif dalam Vivix mempunyai kuasa antioksidan yang sangat tinggi yang membantu melindungi salur darah dari pengoksidaan. Pengoksidaan salur darah akan menyebabkan mendapan plak di dinding salur darah yang mengakibatkan salur darah menjadi sempit.

Klik >> Manfaat Vivix Untuk Tingkatkan Kesihatan

Phytocol ST pula mengandungi sterol dan stanol tumbuhan yang berfungsi menghalang penyerapan kolesterol dalam tubuh dan hanya sedikit sahaja yang dibebaskan dalam salur darah. Jadi, ini dapat bantu mengawal paras kolesterol di dalam darah.

Klik >> Kawal Kolesterol Secara Semulajadi Dengan Phytocol-ST

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkenaan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di www.wasap.my/60129402603

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top