Rawatan Untuk Masalah Tulang Belakang Bengkok

Tulang belakang bengkok adalah keadaan di mana tulang belakang membengkok dan melengkung dari paksinya dan biasanya berbentuk S atau C. Keadaan ini juga dikenali sebagai skoliosis.

Masalah tulang belakang bengkok ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi, untuk kebanyakan kes, ia berlaku pada golongan kanak-kanak dari usia 10-12 tahun. Ketika usia ini, mereka sedang mengalami proses perkembangan tumbesaran yang cepat.

Individu dengan masalah tulang belakang bengkok biasanya melibatkan gejala yang ringan, tetapi sesetengah kanak-kanak mengalami kecacatan tulang belakang yang semakin teruk apabila mereka semakin membesar. Skoliosis yang teruk boleh menyebabkan risiko lumpuh. Selain itu, lengkungan tulang belakang yang teruk boleh mengurangkan jumlah ruang dada, menyebabkan paru-paru sukar untuk berfungsi dengan baik.

Untuk masalah tulang belakang bengkok, rawatan awal adalah sangat penting untuk elak ia menjadi bertambah kronik. Pendekatan semulajadi dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat dan pengambilan supplemen antara ikhtiar berkesan untuk merawat scoliosis sebelum ia jadi bertambah kronik.





Apakah Punca Tulang Belakang Bengkok?


Selalunya, tidak diketahui apakah punca sebenar terjadinya skoliosis. Jenis ini dikenali sebagai Skoliosis Idiopatik. Pesakit skoliosis jenis ini terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa serta lebih kerap berlaku dalam kalangan perempuan berbanding lelaki dengan nisbah lapan berbanding satu.

Jenis skoliosis yang lain adalah :

●  Skoliosis Kongenital - Jenis skoliosis ini wujud sejak lahir. Ia berlaku apabila tulang rusuk atau tulang tulang belakang bayi tidak terbentuk dengan betul.

●  Skoliosis Neuromuscular - Jenis ini disebabkan oleh masalah sistem saraf yang menjejaskan otot. Masalah boleh melibatkan cerebral palsy, distrofi otot, spina bifida, dan polio.

Tanda-tanda masalah skoliosis biasanya muncul semasa zaman remaja, terutamanya semasa pertumbuhan pesat iaitu sekitar masa akil baligh, tetapi orang dewasa yang berusia yang mempunyai sakit belakang boleh didiagnosis dengan scoliosis buat kali pertama juga.

Sesetengah gejala dan tanda yang dialami oleh individu yang mempunyai scoliosis termasuk:


●  Sakit di belakang (hampir 90 peratus daripada pesakit scoliosis melaporkan berasa sakit, ini yang menjadi kebimbangan paling utama untuk ramai pesakit)


●  Seluruh badan condong ke satu arah

●  Satu bahagian bahu lebih tinggi berbanding yang satu lagi.

●  Satu bahagian pinggul seolah-olah ternaik berbanding dengan yang stu lagi.

●  pinggang yang tidak sekata

●  hilang keseimbangan

●  penuaan cakera tulang belakang lebih cepat

●  pengurangan isipadu paru-paru

●  tekanan psikologi dan kebimbangan (terutamanya pada kanak-kanak atau remaja jika mereka perlu memakai pendakap belakang, yang boleh menimbulkan rasa memalukan)

Rawatan Untuk Masalah Tulang Belakang Bengkok


Sebaiknya, pesakit scoliosis mendapatkan rawatan awal sejak wujudnya lengkungan di tulang belakang mereka. Walaupun ia tidak menyebabkan kesakitan, rawatan awal ini penting untuk elak tulang belakang menjadi semakin bengkok sehingga akhirnya membawa kepada risiko komplikasi masalah pada jantung dan paru-paru. 

Sekiranya tulang belakang membengkok sehingga 70 peratus, ia boleh mengakibatkan tulang rusuk menekan paru-paru dan jantung menyebabkan pesakit cepat penat dan sukar bernafas. Mereka juga mungkin boleh alami sakit belakang yang kronik. Jika ia berterusan tidak dirawat, pesakit mungkin juga bakal mengalami sakit sendi

Di samping itu, perasaan rendah diri dan malu juga akan membelenggu diri pesakit. Mereka juga akan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain akibat postur badan mereka yang tidak seimbang.

Rawatan yang boleh diterima pesakit skoliosis melibatkan sama ada penggunaan alat pendakap untuk menyokong tulang belakang atau manjalani pembedahan. Alat pendakap mampu menghalang tulang belakang daripada terus melengkung. Namun, rawatan ini hanya berkesan untuk pesakit skoliosis yang bertahap sederhana. Satu masalah yang dihadapi dengan pemakaian alat pendakap ini ialah ketidakselesaan kepada pemakainya. Selain kelihatan besar apabila dipakai, ia menyekat pergerakan pesakit ekoran tempoh memakai alat itu biasanya 23 jam sehari.

Untuk kes skoliosis serius, hanya pembedahan yang boleh mengembalikan keadaan normal pesakit di samping melegakan kesakitan. Tulang belakang yang membengkok sekiranya dibedah membolehkan pesakit untuk mendapatkan kembali bentuk tubuh yang normal selain ketinggian meningkat sebanyak dua inci, menurut Pakar Ortopedik dan Tulang Belakang, Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Nurul Azwa Mohamad Noor

Sebagai pelengkap kepada rawatan skoliosis, anda juga boleh gunakan pendekatan semulajadi dengan pengambilan diet yang padat dengan nutrien dan juga di bantu dengan pengambilan suplemen. Scoliosis tidak boleh disembuhkan, tetapi ia boleh dikawal. 

Untuk pesakit skoliosis, mereka disarankan untuk mengamalkan diet yang padat dengan nutrien. Apakah maksud diet padat dengan nutrien? Maksudnya kurangkan atau elakkan makanan yang diproses, banyakkan pelbagai buah-buahan dan sayuran segar, kurangkan pengambilan gula serta ambil makanan probiotik dan suplemen. Ini dapat bantu mengurangkan keradangan dalam badan dan mengurangkan kerosakan tisu di tulang belakang.


Bagaimana suplemen Shaklee boleh bantu?


Selain dari mengubah diet dengan menambah lebih banyak nutrien serta kompaun antioksidan dan anti radang, pengambilan suplemen dapat bantu mencukupkan keperluan nutrien yang badan perlukan.

Antara suplemen Shaklee yang dapat bantu mengurangkan simptom Scoliosis termasuk :

1. Vivix : kaya dengan antioksidan dan bersifat anti-radang yang dapat bantu merawat Scoliosis. Bahan aktif dalam Vivix boleh bantu memperbaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Selain itu, ia dapat bantu memelihara sel-sel badan dari kerosakan radikal bebas.

2. Ostematrix : mengandungi Vitamin D yang sangat penting pertumbuhan, perkembangan dan mengekalkan kepadatan tulang. Ia juga mengandungi magnesium yang penting untuk kesihatan otot, tulang dan tulang belakang.

3. Collagen Powder : bekalkan kolagen yang berkualiti untuk menyokong kesihatan tulang belakang. Colagen powder shaklee diperbuat daripada bahan premium iaitu sisik ikan merah. Ia mempunyai saiz yang sangat kecil dan mudah diserap oleh badan.

4. OmegaGuard : mengandungi asid lemak Omega 3 yang boleh bantu mengurangkan keradangan pada tulang belakang. Ia boleh bantu mengurangkan sakit belakang yang mungkin dialami oleh pesakit Scoliosis.

Feedback Pengguna



 


Anda atau ahli keluarga ada yang mengalami Scoliosis? Jangan berlengah lagi. Dapatkan segera set ini untuk bantu atasi masalah kesihatan anda.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.








Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn


Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top