Cara Tingkatkan Kesuburan Wanita Agar Cepat Hamil

Pasangan yang berkahwin tetapi si isteri masih belum ada tanda-tanda kehamilan dalam jangkamasa setahun perkahwinan dikategorikan dalam golongan yang menghadapi masalah ketidaksuburan. Punca seseorang itu sukar hamil mungkin datangnya dari dirinya sendiri atau pasangannya.

Punca yang biasanya dikaitkan dengan ketidaksuburan wanita termasuklah masalah ovulasi, kerosakan pada tiub fallopio atau rahim, atau masalah serviks. Faktor umur juga menyumbang kepada kemandulan kerana kesuburan wanita cenderung untuk menurun seiiring dengan pertambahan usia.

Bagaimana cara tingkatkan kesuburan wanita agar cepat hamil? Saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk cepat hamil di dalam entri ini. Baca selanjutnya.




CARA TINGKATKAN KESUBURAN WANITA


Jika anda dalam proses mencuba untuk hamil, beberapa tips kesihatan ini boleh bantu tingkatkan kesuburan anda.

1. Makan diet yang seimbang

Pastikan dalam diet anda cukup protein, zat besi, zink, vitamin C dan vitamin D kerana kekurangan nutrien-nutrien ini dikaitkan dengan tempoh kitaran menstruasi yang panjang (jadi, kurang kekerapan ovulasi) dan risiko tinggi untuk keguguran di awal kehamilan. Tanya doktor anda jika anda perlu ambil multivitamin setiap hari.

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, produk tenusu rendah lemak, telur dan kacang.

2. Fikir Sebelum Minum

Kajian menunjukkan pengambilan alkohol mengurangkan keupayaan untuk hamil dan juga membahayakan perkembangan fetus. Alkohol mengubah paras estrogen yang boleh mengganggu implantasi telur.

Pengambilan kafein juga patut dikawal sekiranya anda sedang hamil dan merancang untuk hamil. Walaupun hasil kajian belum temui bukti konkrit lagi, tetapi penyelidik mendapati kafein menjejaskan paras hormon wanita dan boleh menjejaskan tempoh masa seseorang wanita itu untuk hamil. Kesimpulannya, jika anda merancang untuk hamil, hadkan pengambilan kafein kepada 1 atau 2 cawan sehari (lebih kurang 12 auns kopi).

3. Pantau Berat Anda

Selain daripada mendatangkan risiko kepada kesihatan anda, lemak badan yang berlebihan boleh membawa kepada pengeluaran berlebihan hormon tertentu yang mengganggu ovulasi. kitaran anda mungkin jadi tidak normal, kurang kekerapan ovulasi, seterusnya merendahkan peluang anda untuk hamil. Bila lemak badan terlalu sedikit pula, ini boleh menyebabkan badan anda tidak boleh menghasilkan hormon yang mencukupi untuk ovulasi setiap bulan atau mengekalkan kehamilan jika anda hamil.

Senaman boleh membantu anda untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Cuma jangan lakukannya secara keterlaluan, kata Christopher Williams, M.D., endocrinologist pembiakan di University of Virginia, di Charlottesville, dan pengarang The Fastest Way To Get Pregnant Naturally. Bincang dahulu dengan doktor anda mengenai rutin senaman sebelum anda mencuba untuk hamil.

4. Ambil Tahu Kitaran Anda

Kitaran haid yang normal berlaku kira-kira 21 hingga 35 hari (pengiraan bermula pada hari pertama haid anda). Jika anda dapati kitaran haid anda panjang, katakan 42 hari - ianya boleh dianggap yang ovulasi anda kurang kerap dan anda boleh dapatkan pemeriksaan doktor untuk periksa tahap kesuburan dan cari jalan penyelesaiannya. Apabila anda bersedia untuk hamil, pastikan tempoh waktu subur andaFFS. Kerap bersama suami ketika waktu subur meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Hari subur seorang wanita biasanya pada hari ovulasi dan empat atau lima hari sebelum ovulasi. Tetapi jangan anggap bahawa anda secara automatik akan alami ovulasi pada hari ke 14 kitaran anda. Satu kajian dari Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar mendapati hari berlakunya ovulasi berbeza untuk setiap wanita, ada yang berlaku seawal hari ke 6 dan selewat-lewatnya hari ke 21 daripada kitaran. Bagaimana anda boleh menentukan bila anda alami ovulasi? Anda boleh perhatikan perubahan harian pada suhu badan anda dan juga kelikatan cairan yang keluar dari vagina anda. Cara lain adalah dengan menggunakan ovulasi kit yang boleh didapati dari farmasi.

5. Jangan lakukan 'douching'

Douching boleh menghilangkan bakteria pelindung dalam faraj, mengganggu kesimbangan dan meletakkan diri anda berisiko terhadap vaginosis bakteria (BV), sejenis jangkitan pada faraj.. Bau hanyir dan keputihan berwarna kelabu adalah satu-satunya tanda anda diserang BV. BV yang tidak dirawat dengan betul dikaitkan dengan kelahiran pramatang dan risiko yang lebih tinggi untuk keguguran dan kemandulan. Jumpa doktor jika anda dapati adanya gejala baru seperti gatal, pembakaran, keputihan luar biasa, atau luka di bahagian faraj.

6. Cari Ketenangan

Tekanan boleh menjejaskan kesuburan. Pakar percaya bahawa tekanan, seperti senaman berat, boleh menjejaskan pengeluaran hormon badan anda seterusnya menyebabkan kitaran haid anda tidak normal. Jadi, belajar untuk menguruskan tekanan melalui teknik ketenangan (seperti meditasi kesedaran atau yoga) atau sokongan daripada kaunselor atau kumpulan, boleh baiki pengeluaran hormon anda kembali ke normal.

TINGKATKAN KESUBURAN DENGAN BANTUAN SUPLEMEN
Pengambilan suplemen yang betul juga dapat membantu meningkat kesuburan dan menggalakkan kehamilan yang cepat. Untuk kesuburan wanita, terdapat beberapa suplemen yang boleh diamalkan termasuklah:

Vivix - mengandungi resveratrol yang tinggi kandungan antioksidan. Maka, ia membantu mengurangkan oxidative stress dan seterusnya melindungi sel-sel badan terutamanya telur yang belum, hampir atau sudah matang dari kerosakan. Ini meningkatkan peluang telur itu untuk disenyawakan. Vivix juga boleh bantu sel memperbaiki sel-sel DNA yang rosak atau abnormal. Bila sel badan sihat, organ pembiakan sihat, lebih cerah peluang untuk hamil.

Gla complex - menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid jadi teratur. Kitaran haid yang stabil memudahkan kita untuk menentukan waktu subur seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil. Gla juga berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi. Ini memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan.

Cecair mukus ini juga membantu sperma untuk kekal hidup selama 5 hari dalam tiub fallopian, seterusnya meningkatkan peluang untuk berlakunya persenyawaan ketika ovulasi walaupun suami isteri tidak melakukan hubungan intim pada jangka masa tersebut.

B complex - penting dalam fungsi kelenjar pembiakan, memainkan peranan meningkatkan kesuburan wanita, melindungi telur dan bantu mengurangkan tekanan. Juga mengandungi asid folik. Digalakkan untuk ambil asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk hamil untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural pada janin.

Alfalfa complex - bagus diamalkan oleh kaum wanita, terutamanya bagi mereka yang ada masalah faraj kering di mana rasa "sakit ketika bersama". Ia juga membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang teruk ketika haid. Selain itu, alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah yang membantu dalam hubungan suami isteri. Ada juga sumber yang mengaitkan Alfalfa membantu dalam atasi masalah PCOS.

ESP - membekalkan protein yang lengkap dengan 9 asid amino penting. Protein adalah makanan untuk sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain lagi.

APA KATA PENGGUNA 






Selagi mampu, usaha sebaik-baiknya untuk hamil. Banyakkan berdoa, mudah-mudahan ada antara ikhtiar kita yang diperkenan olehNya dan akhirnya diberi rezeki untuk hamil.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang produk ini boleh terus hubungi saya.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Fb Page : kedai doktorvitamin
Ig : shikinsatiman

COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos Seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top