Telefon Pintar Pilihan Untuk Kendalikan Bisnes Online

Smartphone dah jadi suatu keperluan kepada mereka yang buat business online. Adanya smartphone, segala urusan berkaitan bisnes jadi lebih mudah dan senang.

KakEkin memang totally pakai smartphone utk handle bisnes..update blog, fb dan ig, message customer, edit poster semuanya pakai telefon pintar..jadi, bila phone kesayangan kakEkin rosak hari tu, tergendala sikit urusan bisnes.

Bila ngadu kat suami phone rosak, dia bagi greenlight beli phone baru..hadiah anniversary katanya..in advanced..tq suamiku..

berbunga-bungalah hati kakEkin..finally, dpt phone baru setelah hampir 3 tahun Samsung Galaxy Note2 berkhidmat untuk kakEkin..

Jadi, masa nak pilih fon baru tu, kakEkin dah tetapkan beberapa ciri yang kakEkin perlukan. KakEkin tak expert sangat bab phone ni tapi kalau phone tu dah memenuhi ciri-ciri bawah ni pun dah cukup bagus.
✅ storage besar
✅ processor yang lebih laju
✅ bateri tahan lebih lama
✅ fast charging
✅ kamera yang berkualiti

Setelah puas membuat penilaian, kakEkin akhirnya pilih Oppo F1 plus..semua ciri-ciri yang kakEkin inginkan ada pada phone ni..


Dah hampir sebulan pakai Oppo, so far performance phone ni tiptop. Bateri tahan lama..yang paling kakEkin suka part charging,tak sampai sejam utk full charge..

Dari segi kelajuan dan kelancaran, not bad..setakat ni smooth je..gambar pun boleh tahan cantik..especially gambar guna kamera depan..

Storage 64gb, cukup besar untuk kakEkin install pelbagai apps dan simpan pelbagai gambar dan video dalam phone ni..

Alhamdulillah, kakEkin puas hati dah dengan terefon pintar ni..hopefully, dah dapat phone yang memenuhi citarasi ni dapat bantu lancarkan segala urusan bisnes kakEkin..

#tsunamishaklee #liveamazing 

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/call : 0129402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : sheqien.shaklee

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Bandar Tun Hussien Onn - Ampang

Pos seluruh Malaysia

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top